Puteri Sarah Beli Kereta Baru, Nafi Dapat Hadiah Daripada Syamsul Yusof

Pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri perhatian netizen apabila dia dilihat berada di sebuah pusat pameran kereta untuk mengambil kereta baharunya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 40, kelihatan bersama seorang perunding jualan ketika urusan pembelian tersebut.

Bagaimanapun, jenis dan jenama kereta yang dibelinya masih dirahsiakan.

Dalam perkongsian itu, Sarah meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diterimanya.

- IKLAN -
“Alhamdulillah, syukur rezeki hari Jumaat.”
@puterisarahliyana Alhamdulillah syukur rezeki hari Jumaat 🤲🏻 Thank you @rd_garage ♬ Alhamdulillah (Aku Bersyukur) – Deries

“Syamsul Bukan Suami Saya Lagi”

Meninjau ruangan komen, ada netizen yang mendakwa bahawa kereta tersebut merupakan hadiah daripada bekas suaminya, Syamsul Yusof.

- IKLAN -

Namun, Sarah dilihat terhibur dengan spekulasi itu dan segera menafikannya.

Tak semua benda yang seseorang beli itu mesti hadiah daripada orang lain. Rezeki setiap orang berbeza-beza, dan kejayaan seseorang wajar diraikan tanpa sebarang spekulasi. Daripada sibuk buat andaian, lebih baik kita tumpang gembira!