“Habis lah nanti ada yg panas tengok ni..” Netizen, Reaksi malu2 Puteri sarah dgn pelakon lelaki jadi prhatian

Selepas melalui proses perceraian, pelakon Puteri Sarah Liyana telah diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan.

Namun, Sarah tetap dilihat keluar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelakon untuk hadir ke set penggambaran.

Menerusi hantaran video yang tular di laman Facebook, pelakon berusia 37 tahun itu seakan-akan malu apabila diusik oleh pelakon, Riz Amin.

Gila bayang ke bang? depan mata ni bang..
Bukan itu sahaja, Riz turut menunjukkan beberapa keping gambar Sarah dari laman Instagram miliknya yang membuatkan dirinya seolah-olah jatuh cinta dengan pelakon wanita itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka berdua kelihatan sesuai untuk menjadi pasangan kekasih lebih-lebih lagi apabila Sarah sudah bergelar ibu tunggal.

Bukan itu sahaja, mereka turut menganggap tindakan Riz mengusik pelakon wanita itu seperti sengaja memanaskan isu perceraian Sarah dan bekas suaminya, Syamsul Yusof.

Sumber : Beautifulnara

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.