(VIDEO) ‘Auranya Lain, Bulu Roma Naik’ – Riezman Khuzaimi Sebak Ziarah Kubur Arwah Zara Qairina

Pelakon Riezman Khuzaimi berkongsi pengalaman emosionalnya ketika berpeluang menziarahi pusara Allahyarham Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan 1 yang didakwa menjadi mangsa buli.

Ketika berada di Sabah atas tuntutan kerja, pelakon berusia 55 tahun itu mengambil kesempatan untuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Ubi, Mesapol Lama di Sipitang, bersama pengarah Ahmad Idham dan aktres Sophia Albarakbah.

Zara Qairina

Menurut Riezman, beliau merasai satu pengalaman yang luar biasa sebaik tiba di kawasan perkuburan itu dan tidak dapat menahan sebak walaupun tidak pernah mengenali arwah secara peribadi.

“Apabila sampai di kuburnya, auranya lain. Belum nampak kubur, baru terlihat papan tanda tanah perkuburan, bulu roma saya sudah naik. Saya tidak pernah jumpa arwah Zara, tapi rasa macam anak saya sendiri. Rasa macam kenal rapat dengan arwah,” katanya.

- IKLAN -

Perasaan sayu itu akhirnya membuatkan beliau mengalirkan air mata di pusara tersebut.

VIDEO :

@mstarmalaysia Tergerak hati ziarah pusara arwah Zara Qairina, Riezman Khuzaimi sebak sampai meremang bulu roma #sembangentertainment #mstar #riezmankhuzaimi ♬ original sound – mStar Official

Zara Qairina

Jelas Riezman lagi, kunjungannya itu adalah sebagai tanda solidariti dan tanda sokongannya dalam memperjuangkan keadilan untuk arwah. Beliau berikrar tidak akan berhenti menyokong perjuangan masyarakat, terutamanya penduduk Sabah, dalam menuntut kebenaran di sebalik kes ini.

Sebagai seorang bapa, Riezman amat terkesan dan meletakkan dirinya di tempat keluarga mangsa.

“Pada usia ini, saya lebih cenderung untuk memberi kembali pada masyarakat. Saya mahu ambil peluang untuk memperjuangkan perkara positif sebab saya fikir bagaimana kalau perkara ini jadi pada anak saya,” ujarnya.

Kredit – beautifulnara