“Sakit.Taknak hidup dah..” Nekad mahu terjun Jambatan.. Bila ditanya knp.. Jawapan akak ni buat ramai Kesian…
Sempat pegang sebelum jatuh Jambatan Tendong
Orang awam menenteramkan seorang wanita yang cuba terjun ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, Kota Bharu hari ini. -Foto MEDIA SOSIAL
Seorang wanita sempat diselamatkan oleh orang awam daripada terjatuh ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini hari ini.
Wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an itu disedari sedang berada di penghadang jambatan tersebut kira-kira pukul 2 petang tadi.
Allahu berat betul ujian akak ni rupanya.. Tak Sampai hati nak tengok.. 😢😢😢
Menurut seorang saksi dikenali sebagai Azmi, dia melihat wanita itu dalam keadaan mencurigakan semasa melalui jambatan jtu.
Katanya, orang awam kemudian memberhentikan kenderaan sebelum ada yang cuba memujuk wanita terbabit.
“Pengguna jalan raya yang melalui jambatan tersebut juga cuba membantu memujuk wanita itu supaya tidak terjun ke dalam sungai.
“Selang beberapa minit, wanita itu tidak meneruskan hasratnya sebelum ditenangkan oleh orang awam,” ujarnya.
Difahamkan, wanita itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd.Rosdi Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
Kredit –Kosmo
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.