Ina Naim Didakwa Didera Dan Hidup ‘Naif’ Dalam Perkahwinan Terdahulu, Ini Jawapan Tuan Badan!

Nama penyanyi Ina Naim kembali menjadi perhatian selepas muncul dalam video TikTok Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.

Menerusi satu video di Tiktok, Ina menafikan dakwaan dirinya pernah ‘didera’ atau hidup terlalu ‘naif’ sewaktu bergelar isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad.

 

Ina Naim jawab peti ais bukan keperluan penting

 

@papalarisofficialCantik kan bag zuka papa ni, betul dah banyak artis yang pakai, ada berbagai macam warna, nak beli tekan bag kuning

♬ Everyday, piano, relaxing, talking(898857) – TAKACHAN

Menjawab persoalan yang dibangkitkan, Ina menjelaskan bahawa ketiadaan peti ais di rumahnya bukanlah isu besar. Baginya, peti ais tidak diperlukan kerana dia kerap membeli barangan segar di pasar setiap hari.

Peti ais tak ada tu betul sebab saya hari-hari pergi pasar beli makanan segar.

Kejujuran dan kasih sayang jadi keutamaan

Bagi Ina, keperluan rumah tangga bukan sekadar bergantung pada kelengkapan seperti peti ais, mesin basuh atau televisyen.

Baginya, apa yang lebih penting ialah kejujuran, kasih sayang, dan sikap bertolak ansur dalam hubungan suami isteri.

Bagi saya, peti ais bukanlah satu benda yang penting untuk rumah tangga tapi yang penting adalah kejujuran, kasih sayang, dan sikap bertolak ansur.

Netizen puji sikap sederhana Ina Naim

Jawapan Ina itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata memuji sikapnya yang bersederhana dalam menjalani kehidupan. Ramai berpendapat, pandangan Ina mencerminkan nilai sebenar dalam membina kebahagiaan rumah tangga.

Kita sering beranggapan kebahagiaan bergantung kepada kelengkapan material, tetapi Ina Naim membuktikan sebaliknya. Sederhana itu indah, dan kejujuran, kasih sayang, serta sikap bertolak ansur lebih penting dalam membina rumah tangga yang harmoni. Apa kata kita belajar untuk lebih menghargai apa yang kita ada hari ini?

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.