“Separuh jiwa ku pergi..”-Bekas Isteri Pertama Sayu Kemas Baju Datuk Red, Kosongkan Almari
Bekas isteri pertama usahawan yang juga ‘tiktoker’ sensasi, Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila Hashim mencuri perhatian selepas memuat naik sepotong video pendek di akaun TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian video tersebut, dia kelihatan mengemas almari dan memasukkan kesemua pakaian milik bekas suaminya itu ke dalam kotak dan beg pakaian.
“Separuh jiwaku pergi,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.
Malah, tindakannya merenung almari yang pernah terisi dengan pakaian Datuk Red menimbulkan pelbagai respons dalam kalangan warganet.
“Sakit memang sakit, kita kena reda kak. Semoga Kak Pila lebih bersemangat dan kuat selepas ini.
“Allah maha tahu. Entah apa perancangan Allah. Kalau boleh husnudzon kepada Allah SWT. Inshaa-Allah ada hal-hal baik yang Allah nak bagi dekat Kak Pila.
“Tengoklah kuatnya Kak Pila cuba ikhlas sampai sekarang. Kami doakan Kak Pila selalu,” komen netizen.
Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang seakan-akan mempersoalkan tindakan bekas isteri pertama Datuk Red itu yang dikatakan sebagai ‘acah’ tersakiti meskipun dia sendiri yang memfailkan perceraian terhadap bekas suaminya itu pada penghujung Januari lalu.
Terdahulu, Datuk Red sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada jam 10.40 pagi.
Pada 24 April lalu, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu terlebih dulu bercerai talak satu dengan isteri keduanya yang juga penyanyi, Adira Suhaimi, 32, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat selepas sembilan tahun hidup bersama dan dikurniakan empat cahaya mata.
Datuk Red berkata, dia bersetuju menceraikan Sharifah Norshafila kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu rumah tangga mereka dan memilih berpisah secara baik walaupun sudah 18 tahun hidup bersama dan mempunyai lima anak.
@syarifahnorshafila Separuh jiwa ku pergi 😊💪🏻 #fyp ♬ Kalau Bukan Karena Kesabaran Yang Besar – putra dirga
Kredit-xtra
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.