Suspek mempunyai 3 org anak baru pertama kali jaga Baby Fateh, Suspek rupanya bermasalah & pernah buat hal
Pengasuh wanita yang dipercayai membunuh bayi lelaki berusia lapan bulan dengan cara menekup mukanya dengan bantal di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Kelemak Jaya Utama di sini semalam diakui bermasalah dan mempunyai kes lampau sebelum ini.
Malah ibu kepada tiga anak yang berusia 34 tahun itu baru sehari menjaga bayi berkenaan yang dihantar ke taska itu sejak lima hari lalu dan dijaga pengasuh lain bermula Isnin sehingga Khamis lalu.
Bapa bayi berkenaan, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, berkata, maklumat itu hanya diketahui selepas dia mendesak pengurus taska berkenaan menceritakan kejadian sebenar menimpa anak sulungnya, Muhammad Al Fateh Amri yang berusia lapan bulan.
“Mula-mula dapat menerima panggilan telefon pukul 9 pagi, isteri, Sabrina Hakiem Zaini beritahu dia dimaklumkan anak mungkin jatuh tapi itu pun dia tiada kepastian.
“Bila saya sampai dari tempat bertugas di Kem Perdana, Sungai Besi Kuala Lumpur, saya desak pengurus taska supaya menceritakan hal sebenar.
“Selepas itu barulah dia akui memang pengasuh yang menjaga anak saya itu ada masalah dan pernah buat kes sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam tadi.
Polis menahan seorang pengasuh wanita berusia 34 tahun selepas disyaki membunuh seorang bayi lelaki, 8 bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Kelemak Jaya Utama, Alor Gajah, 3.30 petang semalam.
Mohd Fikry berkata, sepanjang lima hari menghantar anaknya itu yang ditunggu selama 13 tahun selepas 14 tahun usia perkahwinannya, bayinya dijaga oleh pengasuh lain.
“Isnin sampai Khamis memang orang lain yang jaga anak dan pada hari kejadian si pelaku (suspek) menggantikan pengasuh asal yang bercuti.
“Anak saya memang lasak kerana baru pandai merangkak dan bila saya lihat sistem kamera litar tertutup (CCTV) taska ketika kejadian sekitar 8 pagi, mungkin dia tak suka keadaan itu dan bedung anak,” katanya.
Malam tadi, polis mengesahkan pengasuh terbabit sudah ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Taska berkenaan kira-kira 3.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, suspek berasal dari Endau, Johor akan direman di Mahkamah Ayer Keroh pagi ini
Permohonan reman dibuat bagi membantu siasatan berhubung kematian bayi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) keranan membunuh.
Terdahulu, MalaysiaGazette melaporkan Mohd Fikry mendakwa pengasuh berkenaan dilihat membedung, menyumbat botol susu menutup dengan kain dan menekup muka anaknya dengan bantal dalam kejadian menyayat hati itu.
Perbuatan itu dilihat menerusi CCTV di taska selepas pengasuh berkenaan meminta isterinya datang untuk mengambil bayi sulungnya itu kira-kira pukul 9 pagi selepas sejam selepas kejadian itu.
Sebaik tiba, bayinya itu sudah dalam keadaan terkulai, mulut berdarah dan muka kebiru-biruan.
Kredit-MG
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.