“Sy tdk mahu brkongsi..”- Ditnya mngenai punca brcerai, Mawar akhirnya dedah kisah sbenar.
Pelakon, Mawar Rashid menyatakan dirinya ibarat ‘gelas kosong’ dan bersyukur diberikan peluang untuk memulakan kehidupan baharu selepas bercerai dengan bekas suami, Raf Yaakob.
Tak nak anak-anak baca
Ketika ditemui OhBulan! Mawar berkata dia berterima kasih kepada orang di sekelilingnya yang sentiasa memberikan sokongan di saat dirinya sedang diuji dengan masalah rumah tangga.
Saya berpegang dengan prinsip saya untuk tidak berkongsi isu peribadi kepada umum. Sebab saya ada anak-anak, nanti mereka besar, mereka akan baca perkara yang tak sepatutnya.
Saya juga menghormati pihak yang terlibat. Tetapi apa yang boleh saya cakap, saya gembira dan bersyukur dengan peluang yang saya terima sekarang.
Dengan adanya peluang ini (kehidupan baharu) saya tidak akan sia-siakan. Saya juga bersyukur menerima sokongan daripada peminat.
Ini adalah fasa baru dalam hidup saya, ini adalah diri saya yang baru. Semuanya baru, saya anggap diri saya seperti gelas kosong.
Mawar berkata demikian ketika ditemui pada majlis bacaan doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di bangunan Metrowealth, pada Isnin.
Keadaan diri baik
Sementara itu, disoal mengenai keadaan terkini, aktres berusia 29 tahun itu memaklumkan dirinya dalam keadaan baik dan tidak diserang panik.
Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik. Tiada lagi mengalami serangan panik. Walaupun ada beberapa dugaan besar dalam hidup saya, tapi saya kini lebih gembira.
Sumber kekuatan saya ramai, kadang kala nak menangis pun buat apa, sebab saya ada sokongan yang kuat daripada keluarga.
Mereka berikan saya nasihat, tapi sebagai manusia sudah pasti saya tidak boleh tunjukkan kononnya saya terlalu kuat.
Saya juga luahkan pada kawan-kawan yang melalui perjalanan hidup sama dengan saya, bila luahkan dengan mereka saya lega.
Terdahulu, Mawar mengesahkan sudah berpisah dengan adik kepada chef selebriti Fazley Yaakob pada November tahun lalu disebabkan tiada persefahaman.
Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.