Video Abby Abadi Bersama Anak Perempuannya, Maria Danisha Ketika Shooting Rancangan Memasak Bersama. Alahai Malu-Malu Danisha Tengok Kamera. Tapi Part Abby Dan Danisha Menangis Tu Memang Touching Sangat !!

Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Abby Abadi telah berkongsi satu video baru yang memaparkan Abby bersama anak ketiganya iaitu Maria Danisha. Difahamkan video tersebut dirakam ketika dua beranak ini sedang menjalani shooting untuk sebuah rancangan memasak.

Tulis Abby di ruangan kapsyen mengatakan rancangan ini bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti. Menerusi video itu, kelihatan pada awalnya, Abby dan Danisha atau lebih mesra dengan panggilan Baby pergi membeli barang di sebuah kedai.

Mereka berdua memilih barang untuk dimasak dan Danisha kelihatan sedikit malu untuk memandang kamera. Selepas itu mereka melakukan shooting di sebuah rumah dan memasak bersama-sama. Di hujung video, Abby dan Danisha menangis serta mereka mengelap air mata menggunakan tisu.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan suka melihat perwatakan Danisha dan turut sebak melihat Abby serta Danisha menangis. Sehingga kini, video itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Seb4k pula tengok part Abby dan Baby menang1s..  Stay strong puan, sy tahu puan kuat.. Semoga semuanya akan kembali baik.. “

” Bila part baby dan mama abby menang1s, kita auto nangis juga. Keep strong Abby and family.. Sebak tau kita tengok video ni.. “

” Dah macam kembar lah dua beranak ni.. Kejap betul dia dah besar.. Malu2 tengok kamera, hehe.. Nnti boleh join mama berlakon sama2.. “

” Moga Allah hadirkan keajaiban dan semua kembali bersatu dan ceria seperti sedia kala.. Insyaallah semua baik2 sahaja.. “

” Baby pemalu orang nya.. Cantik Baby.. Dari kecik suka tengok perwatakan dia.. Congratulations Abby dan Baby, yeayyyy.. “

” Alaaaaaa kenapa menangis.. Tak nak sed1h2.. Dah cantik2 pakai tu, nanti tak cantik pula.. Baby dah nampak kurus lah.. “

” Stay strong Kak Abby, u r such strong women.. Allah pilih kakak untuk lalui ujian hebat ini. Sebba Allah tahu kakak seorang yang kuat.. “

Entah apa yang diborak oleh dua beranak ini sehingga mereka berdua menitiskan air mata. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik buat keluarga Abby. Semoga Abby kuat mengharungi semua ujian dan bahagia bersama keluarga tercinta.

Sumber : IG mamayebbyabadi

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*