“Tak prnah pun ckp bnda tu dgn kwn2..”- Kwn dedah prangai pelik arwh masa di ‘office’..mcm dah beri petanda..

Kuala Lumpur: Raymond Goh pergi ke hospital sendirian selepas mengalami kebas pada bahagian kanan tubuhnya.

Itu yang dikongsi penerbit berita Nightline TV3, Amelia Nadia Azharul Nahar mengenai pembaca berita itu sebelum dia ditidurkan selepas diserang angin ahmar.

“Ketika arwah sedang minum bersama rakan-rakan kami, dia tiba-tiba mengadu berasa kebas pada bahagian kanan tubuhnya.

“Disebabkan itu, dia terus ke hospital seorang diri dan selepas membuat ‘CT scan’, doktor memberitahu keadaannya agak kritikal sebelum ditidurkan,” katanya.

Amelia berkata, kali terakhir Allahyarham bertugas sebagai pembaca berita Nightline adalah pada 27 Ogos lalu.

Amelia turut menyifatkan Allahyarham seorang yang mudah disenangi ramai.

“Tanyalah pada sesiapa pun, tidak akan ada seorang pun yang akan cukup buruk mengenai arwah. Dia juga seorang yang sangat peramah, baik hati, tidak kedekut ilmu dan semua orang suka padanya.

“Antara kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang lapan tahun bekerja dengannya adalah dia gemar mengambil gambar kenangan bersama rakan sekerja dan kuat menyakat,” katanya.

Sementara itu, isteri Allahyarham, Faridah Teh ketika ditemui selepas pengebumian Raymond enggan ditemubual kerana masih bersedih.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen. Emosi saya tidak stabil sekarang ini,” katanya.

Faridah yang berpakaian serba putih kelihatan sugul sambil ditemani ahli keluarga dan anak lelakinya dikenali Fendi.

Walaupun menolak permintaan itu, namun dia menghargai kehadiran pihak media.

“Saya hargai kehadiran anda semua. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi penerbit Nightline, Amelia selepas ini,” katanya.

Terdahulu, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini , jam 5.25 petang, hari ini.

Selepas hampir dua minggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat diserang angin ahmar,Raymond meninggal dunia, pagi hari ini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.