Tak Siapa Sangka… Tanah Pernah Dibersihkan Zara Qairina Jadi Tempat Persemadiannya

- IKLAN -

Takdir menyentuh hati, kawasan kubur yang pernah dibersihkan Zara Qairina kini jadi tempat persemadian indah. Keluarga kenang momen pilu, #JusticeForZara.

Kisah Zara Qairina terus menyentuh hati masyarakat apabila tular foto dan video memaparkan arwah ketika kecil pernah membersihkan tanah kubur keluarganya. Takdir Ilahi menentukan, kawasan yang sama akhirnya menjadi tempat persemadiannya untuk selama-lamanya.

Lebih menyayat hati, pusara Zara kini kelihatan lebih indah dan terjaga berbanding dahulu, hasil usaha tangan kecilnya suatu ketika dulu.

Momen ini menyebabkan ramai pilu, terutama melihat usaha Zara yang seolah-olah ‘sudah tahu’ akan takdir dirinya.

 

- IKLAN -

Semasa cuti sekolah, arwah sering turun membantu membersihkan kawasan kubur dengan penuh kasih sayang, membuktikan sifat prihatin dan pengorbanannya kepada keluarga walaupun di usia muda.

Tidak disangka, kawasan itulah kini menjadi tempat Zara disemadikan setelah pemergiannya secara mengejut mengundang simpati seluruh rakyat Malaysia.

Netizen dan ahli keluarga terus berkongsi rasa pilu serta mengetengahkan tanda pagar #JusticeforZara, mengharapkan kebenaran dan keadilan atas nasib yang menimpa arwah.

Kisah ini menjadi peringatan kepada semua betapa dalamnya rahsia ketentuan Ilahi dan pentingnya menghargai setiap insan sewaktu masih bersama. Hanya Allah Maha Mengetahui segala yang terjadi…

VIDEO  :