Tapi anak kahwin suami orang..’. Ramai tak sangka abby jawab mcmni

PELAKON Abby Abadi menegur sikap segelintir manusia yang tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain dan gemar menghakimi sesuatu perkara melalui pandangan mata kasar semata-mata.

Justeru itu, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 46, menasihati mereka supaya mendekatkan diri dengan Allah SWT dan berhenti daripada terus menghakimi manusia lain.

“Ada manusia tidak suka tengok orang berbaik, orang bahagia tetapi follow Instagram orang.

“Ada tu tak follow pun tapi bila kita post, komen macam kenal lama. Macam duduk serumah… Macam serba pandai tentang hidup orang.

Perkongsian Abby yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Perkongsian Abby yang dimuat naik di Instastory miliknya.

“Siapa yang tidak puas hati tu pergi berubat okay. Nampak macam sakit, minta Allah bantu. Dunia sudah di akhir zaman. Jaga diri,” katanya menerusi satu hantaran dimuat naik di Instastory pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang meninggalkan doa yang baik-baik menerusi ruangan komen di Instagram miliknya.

“Yang baik budi bicara, yang komen baik-baik tinggalkan nasihat yang baik dan mendoakan saya ucapkan terima kasih.

“Semoga Allah balas dengan syurga tertinggi-Nya,” ujarnya.

Sebelum itu, beberapa media melaporkan anak sulung Abby dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania dilihat kembali berkumpul bersama keluarganya dipercayai sewaktu menghadiri acara previu Ramadan yang diadakan di sebuah hotel di Selangor.

Dalam rakaman video itu, Norman turut dilihat menyuapkan makanan ke mulut Marissa selain menunjukkan kemesraan yang menggambarkan hubungan mereka sudah kembali jernih.

Turut kelihatan suami Abby iaitu Muhammad Faizal Zakaria serta abang sulung Danish Hakim serta adik perempuan, Marisa Danisha Hakim.

Mereka sekeluarga menggayakan pakaian sedondon rona coklat dan turut merakamkan foto keluarga bersama.

Norman dan Abby disifatkan sebagai contoh ibu bapa terbaik.

Norman dan Abby disifatkan sebagai contoh ibu bapa terbaik.

Pada 7 Februari lalu, nama Marissa menjadi bualan ramai apabila didakwa melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand dengan Ahmad Aslam.

Pernikahan itu dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah pada 27 Disember tahun lalu.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai, namun memilih untuk kembali rujuk.

Sehingga kini, Marissa atau pun Aslam memilih mendiamkan diri berhubung dakwaan sudah berkahwin.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*