” Terus menangis dengar cerita dia. Sebab tu kita jangan judge orang, nobody knows pengakhiran kita nanti macam mana.. ” -Netizen

Meninjau ke akaun Instagram MeleTOP telah dikongsikan video Norreen Iman dijemput datang ke set MeleTOP Moreh pada minggu ini. Menerusi video itu, Norreen berkongsi cerita apa yang membuatkan dia mengambil keputusan untuk menunaikan ibadah umrah.

Kata Norreen, pada suatu hari dia merasakan ada satu suara berbisik di telingannya mengatakan ‘ pergi umrah Norreen’. Mendengar suara tersebut, dia agak terkejut memandangkan dia hanya seorang diri sahaja yang ada di dalam bilik. Sambil bercerita, Norreen tidak dapat menahan sebak.

Selain itu, akui Norreen ketika membuat keputusan untuk menunaikan ibadah umrah,  dia tidak menyangka segala rezeki datang tanpa henti di saat dia kekurangan wang ringgit dan segala urusan menunaikan ibadah umrah juga menjadi mudah serta berjalan dengan lancar.

Perkongsian video ini turut mengundang sebak di kalangan warganet. Ada yang mengatakan suka mendengar perjalanan kisah Norreen dan mendoakan agar Norreen terus kuat untuk istiqamah. Sehingga kini, video Norreen itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :

” Terus menangis dengar cerita dia. Sebab tu kita jangan judge orang, nobody knows pengakhiran kita nanti macam mana.. ” 

” Nampak lain sgt Norreen skrg.. Nmpk tenang.. Moga istiqamah.. Istiqamah mmg tak mudah tp Allah suka kita penat krn menuju pd Dia.. “

” Org yg banyak menagis di dunia adalah org yg bahagia di akhirat. InsyAllah.. Semoga Norreen terus istiqamah ya sayang.. “

” Dia nk nanges skali ngn i terasa nk nanges. Semoga kita semua diberi hidayah untuk ke arah lebih baik juga inshaAllah.. “

” Mana orang yang kecam Norreen dulu pakai sexy semua.. Tengok lah perjalanan hidupnya sekarang.. Semoga baik-baik buat Norreen.. “

 Carilah ilmu kerana ilmu, itulah kunci kepada kunci pd hidayah.. Love kata2 Neelofa.. Rasanya semalam paling best sangat tengok.. Semua perkongsian yang sangat bermanfaat.. “

” Setuju. Kunci hidayah adalah ilmu. Maka cari lah/ dalami ilmu. Semoga diberikan petunjuk dan bimbingan serta dijaga hati supaya istiqamah.. “

Menarik kata-kata Neelofa buat Norreen, ‘ hidayah itu datang kepada semua orang, tapi tinggal orang itu nak grab atau tidak sahaja’ . Semoga kisah perjalanan Norreen ini membuat kita sentiasa memperbaiki diri dan tidak akan berhenti melakukan perkara yang baik serta terus kekal istiqamah sebagai seorang hamba Allah.

Tonton video penuh di bawah ini :

Sumber : IG meletop, YouTube MeleTOP

[redirect url=’https://www.padumedia.com/terus-menangis-dengar-cerita-dia-sebab-tu-kita-jangan-judge-orang-nobody-knows-pengakhiran-kita-nanti-macam-mana-netizen/’ sec=’14’]

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*