Ratusan kenalan jalan kaki ikut hantar jenazah pelumba drag ke tanah perkuburan
Berita tentang kemalangan melibatkan seorang peserta Malaysia Drag Bike National ET Record Championship 2023 Road Tour 2023 bertempat di Pekan, Pahang dikenali sebagai Muhammad Hattem Rashdi tentunya mengejutkan peminat motosikal Tanah Air.
Pemuda berusia 22 tahun itu dipercayai meninggal dunia selepas 12 jam bertarung nyawa setelah motosikal yang ditunggangi terbabas sewaktu dalam perlumbaan.
Jenazah diiringi ke tanah perkuburan
Apa yang menarik perhatian ramai sudah tentu semangat setia kawan rakan-rakan yang sama berjuang dalam bidang tersebut apabila hadir menghantar jenazah allahyarham ke tanah perkuburan dalam jumlah yang ramai.
Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai ._syazwannnn, ratusan kenalan dan juga rakan-rakan turut serta berjalan kaki ke tanah perkuburan bagi urusan mengebumikan allahyarham.
Dalam kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok yang juga rakan kepada arwah mengatakan yang ramai menyayangi Muhammad Hattem.
Ramai yang mengiringi ke rumah baru
Perkongsian tersebut juga telah mendapat perhatian ramai sehingga masing-masing tertanya-tanya amalan apa yang dilakukan oleh arwah sehingga dia diiringi ke tanah perkuburan dengan kehadiran ramai orang.
Walau bagaimanapun, mereka turut mendoakan agar roh Muhammad Hattem ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber: TikTok _.syazwannnn
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.