“Dia tiba2 dtng serbu kedai..”- Pemilik dedah Vide0 Zizan

Pemilik Risco Pizza Cafe meluahkan rasa sebak apabila perniagaannya kembali pulih selepas kehadiran pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang mengunjungi restorannya, baru-baru ini.

Menceritakan kembali zaman kegelapannya, lelaki tersebut memberitahu dia tidak pernah terima sejumlah pelanggan yang ramai sepanjang dua tahun menjalankan perniagaan.

Dia juga pernah terfikir untuk menutup restorannya itu kerana tidak dapat menanggung hutang serta kos namun, tetap bertahan meneruskan perniagaannya walaupun simpanan kian merosot.

Kehadiran Zizan Razak

@ricospizzacafe

Saya mintak maaf kepada semua yang berderu datang ke kedai kami yang mendapat servis yang cukup teruk.. Sejujurnya kami sepanjang 2 tahun buka Ricos Pizza cafe, kami tak pernah dikunjungi pelanggan yang terlalu banyak. Sale kami pun amat-amat sendiri. Beberapa kali kami ambil keputusan nak tutup terus cafe ni. Tapi kami fikir, Allah tak suka hamba dia yang cepat putus asa. Kami terus bertahan walau simpanan kami hampir habis sebab banyaj kos yang tak lepas untuk kami tanggung. Ngeri tahun 2024, peniaga kecil macam kami. Kami buntu macam mana nak naikkan sale . Jadi kami terfikir untuk cuba buat menu steak dan thomawk termurah, kualiti bagus. Doa tanpa putus mohon Allah bimbing kami. Kami mula hari PERTAMA cuba menjual menu ni pada tarikh 19 Nov 2024 iaitu selalu baru-baru ni. Dan pada hari kedua , kami tidak sangka , ZIZAN RAZAK artis pertama sudi bawak keluarga dia datang sini. Kami tak jemput zizan untuk buat food review ka apa, tapi Zizan kata nak cuba sebab tengok dari tik tok . Dan sebelum kami lunching menu ni kami jemput Shahir influencer datanv buat food review . Dari situ orang mula tahu cafe kami ada jual steak dan tomahwk . Masyallah selepas kami ambil video zizan atas izin beliau, kami post kat tt kami dan izin ALLAH viral. Berderu pelanggan masuk. Kami jadi culture shock . Sesak nafas, terkejut. Dengan kapasitu staff yang ada dan keadaan kedai kami. Terpaksa angkut anak-anak yang sekolah rendah tolong jaga kaunter . Anak sorg lagi jaga bahagian dalam. Mana nak cari staff waktu tu terus ? 😢 kelam kelibut kami nak urus serta merta . Allahurabbi . Nak menangis sebab gembira ada sebab terlalu ramai, dan sedih juga sebab servis kami out. Dapat makian , pelanggan marah. Tapi semua itu memang salah kami. Apapun situasi ni tak melemahkan kami untuk terus berusaha cari jalan untuk baiki sistem pengurusan kami supaya semua gembira . Kami mintak maaf ya semua pelanggan yang datang dalam minggu ni sedih dengan servis kami. Doakan kami terus maju jaya dan Allah bantu lancarkan segala urusan kami . Doakan kami juga jadi usahawan berjaya dunia akhirat. Mohkn maaf lagi sekali pada semuanya yang datang dari pelbagai tempat jauh dan dekat . Semoga tidak serik untuk terus mengunjungi cafe kami. SIRUA’LABARAKATILLAH

♬ Renungan Diri – Anto D'Ryuzaki

“Sejujurnya kami sepanjang 2 tahun buka Ricos Pizza cafe, kami tak pernah dikunjungi pelanggan yang terlalu banyak. Sale kami pun amat-amat sikit.
“Beberapa kali kami ambil keputusan nak tutup terus cafe ni. Tapi kami fikir, Allah tak suka hamba dia yang cepat putus asa. Kami terus bertahan walau simpanan kami hampir habis sebab banyak kos yang tak lepas untuk kami tanggung,” katanya menerusi hantaran di laman TikTok

Enggan untuk terus mengalah, dia telah memperkenalkan menu baharu iaitu steak dan tomahawk sebagai inisiatif untuk memulihkan kembali perniagaannya.

Menu tomahawk tersebut telah menarik perhatian Zizan dan membawa ahli keluarga yang lain ke restoran tersebut untuk menjamah hidangan kayangan yang berharga ‘rahmah’ itu.

Kehadiran Zizan Razak

“Kami tak jemput zizan untuk buat food review ka apa, tapi Zizan kata nak cuba sebab tengok dari TikTok. Masya-Allah selepas kami ambil video Zizan atas izin beliau, kami post kat TikTok dan izin Allah, viral.
“Berderu pelanggan masuk. Kami jadi culture shock. Sesak nafas, terkejut. Dengan kapasiti staffyang ada dan keadaan kedai kami,” ujarnya.

Susulan itu, lelaki tersebut memohon maaf kepada pelanggan atas kelemahan perkhidmatan yang diberikan kerana kekurangan tenaga pekerja.

Dalam pada itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong perniagaannya dan berjanji akan memperbaiki servis mereka kelak.

Sumber: TikTok @Risco Pizza Cafe 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.