PU Azman dah hafal satu juzuk al-Quran dalam penjara, mohon doa semua
Peguam, Mohamad Zahid memaklumkan pendakwah selebriti, (Pencetus Ummah) PU Azman dah hasal satu juzuk al-Quran ketika berada di Penjara Kajang apabila disoal mengenai perkembangan terbaharu figura itu.
Memetik laporan Harian Metro, PU Azman atau nama sebenar Azman Syah Alias, 43, menganggap apa yang berlaku terhadap dirinya adalah ujian dan mempunyai hikmah.
“PU Azman pesan supaya doakan dia.
“Alhamdulillah dia okay di Penjara Kajang dan hikmah di sebaliknya dia maklumkan sudah hafal satu juzuk di sana,” kata Mohamad Zahid iaitu peguam mewakili PU Azman.
PU Azman dah hafal satu juzuk
Dalam perkembangan lain, hari ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak salah satu representasi yang dikemukakan oleh PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual yang dikenakan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Seremban.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Adzmi di Mahkamah Sesyen ketika sebutan kes di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Rasyidah Murni berkata, representasi melibatkan mangsa lelaki berusia 17 tahun ditolak AGC dan akan diteruskan untuk perbicaraan dengan pertuduhan asal, manakala representasi bagi mangsa lelaki berusia 16 tahun 10 bulan telah diterima.
Pada prosiding hari ini, peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah yang mewakili Azman Syah memohon tarikh singkat kepada mahkamah bagi berbincang dengan anak guam mengenai arahan seterusnya berhubung keputusan representasi itu.
Pihak pendakwaan turut diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni dan Nurul Balkis Zunaidi.
Pada prosiding hari ini, peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Fahmi Adilah yang mewakili PU Azman, 43, memohon tarikh singkat kepada mahkamah bagi berbincang dengan anak guam tentang pendiriannya berhubung keputusan representasi tersebut.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 Disember depan untuk sebutan bagi status kes tertuduh di Penjara Kajang.
Terdahulu, Azman dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban pada 12 Oktober 2022 atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai 2022.
Dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja berusia 16 dan 17 tahun itu dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.
Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, Negeri Sembilan pada 6 Julai 2022.
Pada 27 September, Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.
Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi)