“Cari Duit Banyak Biar Orang Hargai” – Pengantin Tamat Hayat Diri, Pesan Pada Adik

Ketika baru mendirikan rumah tangga, setiap pasangan pengantin pastinya sedang berada dalam fasa bulan madu yang penuh dengan kemanisan dan kebahagiaan. Namun buat seorang pemuda berusia 20 tahun ini, dugaan berat yang dialami selepas bergelar suami membuatkan dirinya nekad mengambil tindakan mengejutkan.

Pengantin lelaki tamatkan hayat diri 4 hari selepas kahwin

Pada 21 Mei lalu, dia baru sahaja menamatkan zaman bujang dan bernikah dengan seorang wanita. Berdasarkan keterangan salah seorang saksi, perkahwinan ini agak terburu-buru dan tidak dirancang dengan teliti terlebih dahulu. Kira-kira 4 hari selepas majlis berlangsung, tiada siapa menduga ‘pengantin baru’ itu akan menamatkan hayatnya sendiri. Tubuhnya ditemui pada tanggal 25 Mei oleh bapanya sendiri di belakang rumah mereka.

Kejadian berlaku di Kabupaten Buton Tengah, Sulawesi Tenggara, Indonesia

 

Lelaki tersebut dipercayai mengalami tekanan selepas berkahwin

Menurut penjelasan pihak keluarga, lelaki tersebut mengalami tekanan emosi dan berdepan kesukaran untuk mengarungi dunia perkahwinan. Namun belum ada perincian lanjut mengenai punca atau bagaimana kematian itu berlaku. Buat masa kini, pihak polis masih menyelidik tentang kejadian hiba tersebut.

“Silakan cari duit banyak-banyak adikku, supaya orang lain menghargai kamu”

Satu-satunya petunjuk yang ada, lelaki ini sempat menghantar pesanan terakhir kepada adik perempuannya sebelum mengakhiri hidupnya. Dia berpesan agar adiknya berusaha mencari duit banyak-banyak supaya lebih dihargai. Berdasarkan mesej terakhir ini, dia berkemungkinan bergelut dengan isu kewangan.

- IKLAN -

KREDIT : Portal Tribun Pekanbaru