“Idea menggunakan guni ini adalah dari bapa saya..” Rafida dedah hal sebenar

Kota Kinabalu: “Saya naik bas dari Sandakan selama enam jam, banyak barang yang perlu dibawa.

“Jadi saya masukkan separuh barang itu ke dalam guni. Jika diasingkan, saya risau barang tercicir,” kata penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) Rafida Zaiddin, 19, yang menggunakan guni untuk mengisi barang ketika hadir untuk pendaftaran hingga tular di media sosial.

Menurut anak bongsu dari dua beradik yang berasal dari Kampung Sim-Sim, Sandakan itu, dia dimaklumkan oleh pihak UMS hanya dua bagasi saja dibenarkan untuk pendaftaran masuk ke asrama.

“Idea menggunakan guni ini adalah dari bapa saya. Saya tidak terfikir (perkara ini) menjadi tular.

“Apabila tular, ada seorang senior datang ke bilik saya dan bertanya berkenaan guni saya gunakan.

“Mulanya saya terfikir jika saya terbawa barang orang lain tapi mereka kata bukan seperti itu,” katanya.

Sementara itu, Rafida turut ditanya mengenai perbualannya bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menerusi panggilan video baru-baru ini.

Menjelaskan secara terperinci, katanya, Fadhlina bertanya sekiranya duit perbelanjaannya cukup atau tidak.

“Saya katakan padanya duit saya mencukupi. Selepas beberapa minit, beliau menghantar duit kepada saya (secara pemindahan dalam talian),” katanya.

Selain itu, menurutnya, dia juga ditemui pihak tertentu yang bertanya jika ada memohon biasiswa.

“Ada satu pihak yang tidak memperkenalkan diri tetapi bertanya jika saya ada memohon mana-mana biasiswa.

“Saya cakap ada seperti Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS). Saya juga dapat Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara ‘one-off’.

“Katanya nanti akan diuruskan (permohonan biasiswa) untuk dipercepatkan,” katanya.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor sebelum ini dilaporkan beliau sudah mengarahkan Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS bagi membantu membantu penuntut terbabit dan yang kurang berkemampuan.

UMS bantu pelajar lain kurang berkemampuan

Pelajar cemerlang bawa barang dalam guni daftar universiti dibantu

Menurutnya, UMS akan memastikan penuntut yang memerlukan bantuan dari segi keperluan peribadi atau sokongan moral diberikan perhatian yang sewajarnya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.