Dua Beradik Cilik Juara Memanah Berkuda Dengan Dana Sendiri Di Perancis, Kalahkan 15 Negara!
Sekali lagi nama Malaysia bergema di bumi ‘kota cinta’ Perancis menerusi kehebatan dua beradik yang menjuarai European Kids Horseback Archery Championship 2024, baru-baru ini. Tidak dapat dinafikan, sukan memanah berkuda semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia sehingga berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Menurut sumber, dua beradik yang mewakili Malaysia bagi pertandingan memanah berkuda di pertandingan yang berlangsung di Gauchoux, Perancis pada 21 hingga 23 Ogos lalu, telah muncul juara dan naib juara menerusi kategori yang dipertandingkan.
MEMANAH BERKUDA DUA BERADIK NAIKI PODIUM
Aksi memanah berkuda oleh Abdurrahman Ahmad Mu’az.
Pegang ‘title’ juara dan naib juara
Anak muda bernama Abdurrahman Ahmad Mu’az diumumkan juara bagi kategori bawah 14, manakala adiknya, Heba Nusaybah pula naib juara untuk kategori bawah 12 pada pertandingan itu.
Menerusi video dimuat naik ibunya di platform TikTok @fathimridayu, hanya dua wakil dari Malaysia menyertai pertandingan memanah berkuda itu. Tambahan pula, penyertaan Abdurrahman dan Heba Nusaybah merupakan tajaan sendiri.
European Kids Horseback Archery Championship 2024 disertai 16 negara
Malah, pertandingan itu disertai lebih 110 pesaing dari 16 negara antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turkiye, Amerika Syarikat dan Ireland.
Berdasarkan video itu kebanyakan negara lain menghantar ramai peserta berbanding Malaysia yang hanya diwakili dua beradik tersebut serta ditemani oleh ibu mereka.
Warga maya berasa bangga atas pencapaian dua beradik tersebut
Aksi memanah berkuda oleh Heba Nusaybah.
Sementara itu di ruangan komen, warga maya memberi penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan dua beradik tersebut selain berharap ada pihak yang akan tampil memberi sokongan untuk sukan memanah berkuda.
“Padu sangat ni, hantar wakil dua orang, dua-dua naik podium. Tahniah, harap tahun depan kena hantar ‘team’ besar sikit. Dah senang dapat penaja rasanya.
“Bawa dua orang je, tapi dua-dua naik podium. Hebat kau dik.
“Pergi dengan hasil titik peluh keluarga dan tiada tajaan siapa-siapa, bawa nama Malaysia dan keluarga. Tahniah adik-adik. Moga terus berjaya di masa hadapan dan tahniah pada keluarga atas sokongan tanpa henti.
“Tahniah Heba dan Abdul Rahman. Nama anak pun bukan calang-calang.
“Tahniah, jejak pahlawan-pahlawan Melayu mula muncul semula.
“Kami tumpang bangga ada anak Melayu Muslim yang hebat dik, moga Allah membimbingmu dalam memberi manfaat kepada ummah.
“Tahniah, kamu buat kami tersenyum dua orang wakil sahaja…tahniah!” ujar warga maya di ruangan komen video Tiktok tersebut.
Video Abdurrahman Ahmad Mu’az di atas podium
@fathimridayu Alhamdulillah.. Abdurrahman juara keseluruhan U14 daripada 3 format yang dipertandingkan; FFE Raid233, FFE Tower60 & Hunt Track. 16 buah negara (Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turki, Amerika Syarikat, Ireland dan Malaysia) dengan lebih 110 pesaing. Wakil Malaysia: Abdurrahman (U14) – Juara Heba Nusaybah (U12) – Naib Juara #equestrianarchery #memanahberkuda #horsebackarchery #arbaequestrianarchery ♬ suara asli – Asyifa tri hendrianda – user57835527164
Video Heba Nusaybah di atas podium
@fathimridayu Alhamdulillah.. Heba Naib Juara keseluruhan U12 daripada 3 format yang dipertandingkan; FFE Raid233, FFE Tower60 & Hunt Track. #equestrianarchery #memanahberkuda #horsebackarchery #arbaequestrianarchery ♬ original sound – Arai Motor Tanjong Karang
Sumber: TikTok @fathimridayu
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.