“Akai Kat Buku lali Ke?” – Fathia Latiff Gesa Peguam Semak Semula Hukuman Buat Syed Saddiq
Ramai juga yang terkejut dengan hukuman yang bakal diterima Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sehinggakan bakal menerima dua sebatan. Pelakon wanita, Fathia Latiff turut meluahkan rasa pelik dengan hukuman ini di Instagram.
Kata Fathia, hukuman yang dikenakan ke ataas figura politik ini agak keterlaluan dan tidak padan dengan jenayah yang dilakukannya.
Fathia juga berharap agar hakim memberikan hukuman yang lebih ringan memandangkan Syed Saddiq terlalu muda untuk hukuman berat itu. Malah turut mendakwa hukuman sebatan hanya untuk kes jenayah rogol.
Judge mana la ni, tak lepas criminal law ke? Ijazah you tu campak je la dalam lombong. Mana bukti dia bersalah? Reveal la sikit dalam media baru la kukuh 5% sikit korang punya headline tu. Kena bayar bawah meja ke sis ooops. Ni tetiba je Syed Saddiq bersalah.
Tambahnya lagi, dia mempunyai hak untuk bersuara dan meminta hakim untuk menyemak semula Artikel 5 di dalam perlembagaan Malaysia.
Bagaimanapun, selepas teruk dikecam di Instagram, Fathia dilihat mengubah kapsyen Instagram hantarannya itu.
Untuk pengetahuan korang, Syed Saddiq dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun, denda RM10 juta serta 2 kali sebatan setelah didapati bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.