Mahu ringankan beban, Hafiz Mahamad beri staf elaun taska RM350 sebulan

Usahawan popular, Hafiz Mahamad memaklumkan dia pernah mempunyai hasrat membuka nursery (pusat jagaan kanak-kanak) untuk anak-anak pekerjanya.

Bagaimanapun, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh usahawan yang berusia 30 tahun itu di IG storynya, dia mendedahkan impian tersebut tidak tercapai selepas mengambil kira risiko-risiko yang sedia ada berbanding kelebihan yang bakal dihadapinya.

“Saya pernah cakap sebelum ini untuk membuka nursery untuk staf saya supaya anak-anak mereka duduk di nursery tu kan, tapi tak jadi nak buka.

“Tapi saya tukarkan kos tu kepada kos elaun untuk staf-staf saya untuk membayar nursery kat luar sana. Kenapa saya tak jadi buka sebab risikonya lebih banyak daripada yang baik.

“Sebagai contoh kalau seorang anak sakit, dia akan berjangkit sakit itu dan saya perlu bertanggungjawab. Seorang anak sakit, seorang mak kena bercuti. Jadi kalau 10 anak sakit, 10 staf akan bercuti,” katanya.

Pun begitu, dia telah menukar perancangan dengan memberikan elaun kepada setiap staf sebanyak RM350 pada setiap bulan untuk seorang anak sebagai perbelanjaan bagi menghantar ke pusat jagaan kanak-kanak yang lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina)

” Jadi, saya beri kebebasan kepada staf saya untuk mencari nursery kat luar sana dan saya beri elaun yang boleh meringankan beban mereka.

“Saya bagi elaun untuk anak-anak staf seorang anak RM350, jika ada staf dua anak yang dihantar ke nursery luar, saya akan bagi RM700. Staf bebas untuk pilih nursery yang terbaik di luar,” ujarnya lagi.

Sumber: Instagram @Hafiz Mahamad

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.