“Itu Bukan Perkahwinan Saya..” – Sherry Ibrahim

Pelakon, Sherry Ibrahim menyangkal dakwaan bahawa dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga.

Bukan perkahwinan Sherry

Menerusi hantaran di TikTok, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim menjelaskan bahawa video pernikahan yang tular sebelum ini bukanlah hari perkahwinannya yang sebenar.

Sebaliknya, video tersebut adalah sebahagian daripada klip drama lakonan bersama aktor Fadlan Hazim.

Banyak sangat komen yang saya terima, sebenarnya itu bukan perkahwinan saya.

Itu adalah perkahwinan Julia dan Zafrul dalam drama yang sedang ditayangkan sekarang di TV3 berjudul Nikmat Hanya Sesaat.

Bagaimanapun, aktres berusia 42 tahun tersebut tetap menghargai setiap ucapan peminatnya meskipun belum bertemu jodoh.

Terima kasih kepada yang mendoakan saya, insyaAllah kalau ada jodoh nanti, adalah.

Doa netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar Sherry dikurniakan jodoh suatu hari nanti.

- IKLAN -

InsyaAllah Sherry akan dapat jodoh yang soleh pada waktu yang tepat dan bahagia dunia akhirat.

Ingatkan Sherry kahwin betul-betul, semoga cepat-cepat dapat jodoh!

Semoga Sherry ditemukan dengan seorang lelaki yang baik untuk dijadikan jodohnya.

Sumber: TikTok Sherry Ibrahim