“Bukan Sharnaaz, Tapi Lelaki Misteri” – Noor Nabila Buka Cerita Sebenar

Spekulasi akhirnya terjawab!
Noor Nabila, usahawan dan figura media sosial yang sering menjadi perhatian netizen, tampil jujur mengenai status sebenar hubungannya dengan bekas suami, Sharnaaz Ahmad. Ramai yang berharap mereka kembali bersama, namun ternyata realitinya berbeza.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Nabila mengakui dia kini sedang dalam fasa mengenali seseorang yang baharu. Katanya, hubungan dengan Sharnaaz masih baik demi anak mereka, Jebat Jayden, tapi soal hati… sudah pun terbuka untuk orang lain.

“Saya sedang kenali seseorang… tapi biarlah perlahan-lahan. Doakan yang baik-baik,” ujar Nabila dengan senyuman tenang.

Walaupun pernah melalui fasa sukar dalam rumah tangga, Nabila jelas lebih matang dan bersikap positif terhadap peluang baharu dalam hidupnya. Siapakah jejaka misteri itu? Masih jadi tanda tanya, tapi yang pasti… Nabila dah move on!

Selepas melalui pelbagai fasa dalam kehidupan berumah tangga, kakak kepada pengacara Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor dilihat lebih tenang dan bersedia membuka ruang untuk cinta baharu.

Enggan merahsiakan status dirinya, Nabila berkata, dia kini sedang mengenali seseorang namun memilih untuk tidak berkongsi secara terbuka mengenai identiti jejaka tersebut demi menjaga privasi hubungan yang masih di peringkat awal.

- IKLAN -

“Ya, saya sedang dalam fasa mengenali seseorang dengan lebih rapat.

Nabila dalam fasa mengenali seseorang.

“Saya selesa dengan apa yang sedang berlaku sekarang, tetapi buat masa ini saya memilih untuk tidak berkongsi siapa individu itu kerana lebih menghargai privasi hubungan ini,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Penjelasan tersebut secara tidak langsung menyangkal spekulasi yang mengatakan Nabila kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suaminya yang juga pelakon Sharnaaz Ahmad, selepas mereka kerap dilihat bercuti bersama.

- IKLAN -

Menurut Nabila, hubungannya dengan Sharnaaz kini hanya tertumpu kepada tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka, Jebat Jayden, yang kini berusia enam tahun.

“Kami rapat atas dasar tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada Jayden, itu sahaja. Tidak pernah terlintas untuk mengulang kembali hubungan yang telah berlalu.

“Kami lebih selesa sebagai sahabat dan fokus utama kami adalah memberikan yang terbaik untuk Jayden,” jelasnya.

Nabila turut menyatakan keutamaannya kini adalah untuk membesarkan anaknya dengan baik serta menjalani kehidupan yang lebih tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

“Saya kini lebih menghargai masa dan memilih untuk memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting dalam hidup saya.

“Kehidupan ini bukan tentang menunjuk kejayaan, sebaliknya kepuasan dalam mencapai keseimbangan antara kerjaya, keluarga, dan kebahagiaan diri sendiri,.

Nabila dan Sharnaaz jaga hubungan baik demi Jebat.

“Lagipun saya sudah melalui banyak pengalaman dalam hidup, dan kini saya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.

“Jika hubungan ini membawa kepada sesuatu yang lebih baik, saya bersyukur. Namun, buat masa ini, biarlah kami jalani hubungan ini dengan tenang tanpa perhatian yang berlebihan,” katanya.

Untuk rekod, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada Mac 2017 sebelum bercerai pada Julai 2020.

Dia kemudiannya berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun perkahwinan tersebut berakhir pada tahun berikutnya.

Kredit – mstar