“Serabut Eh Ada Suami, Baik Single Dan Have Fun” – Kenyataan ‘Tidak Berlaki Hidup Tenang’ Jadi Tumpuan, Shuhada Mohon Maaf
Satu komen dari bekas isteri Hafidz Roshdi iaitu Shu Shukri menjadi tumpuan ramai.
Komen berkenaan tentang kehidupan single yang sedang dilalui oleh.
Shu ada menulis yang mana hidup single ini baik juga berbanding ada suami yang boleh menyerabutkan.
Ianya ditulis ketika Shu menjawab satu komen dari seorang pengikutnya di laman media baru-baru ini.
Wanita ini ada hadir ke majlis perkahwinan pelakon Shakilla Khoriri dan telah muatnaik video di majlis berkenaan.
Shu menulis di caption meminta dirinya didoakan agar ditemukan kebahagiaan.
Ada seorang pengguna menulis mengatakan tidak apa tidak kahwin, yang penting bahagiakan diri dan juga anak-anak.
Ini yang ditulis oleh pengguna berkenaan.
“Tak kahwin pun takpe Shu. Single life is much better. Entertain your life for your happiness and for your kids.”
Shu kemudian bersetuju dengan komen berkenaan, dan ini yang ditulis oleh Shu.
“Haah, ada Shu fikir macam tu juga, serabut ye kalau ada suami, baik single and have fun.”
Melihat jawapan dari Shu berkenaan, ada pengikut yang menegurnya.
Jelas pengikut berkenaan, pahalanya besar untuk wanita yang bergelar sebagai seorang isteri.
Ini komen dari pengikut berkenaan.
“Shu Shukri jangan cakap serabut kalau ada suami. Sebab wanita yang berkahwin, ulama cakap wanita itu jalani hidup dengan betul dan baik. Pahala besar bagi wanita bergelar isteri berbanding wanita tak berkahwin.”
“Jangan cakap ada suami serabut. Kita ni pun wujud dari kewujudan suami mak kita.”
Melihat kekhilafan diri, Shu kemudian akui tersalah tulis dan kemudian meminta maaf.
“Maaf, sorry Shu tersalah kata. Maksud saya ialah kena heal diri sendiri dulu.”
“Shu terima semua takdir, ajal jodoh semuanya takdir yang dah ditulis Illahi.”
Ini paparan komen berkenaan.
Apapun doakan yang terbaik saja buat Shu untuk meneruskan kehidupannya selepas ini.
Semoga Shu Shukri akan terus berjaya dan bahagia disamping anak-anak dan keluarganya.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.