Suami bkan Lelaki, Dah 3hari nikah tp Tak ‘disentuh’. 1hari Isteri trkejut bila Tgk ini.

Kebiasaannya, kehidupan 2 insan yang baru benikah akan dipenuhi dengan rasa sayang menggebu-gebu dan sentiasa berkepit umpama belangkas. Namun bagi seorang pengantin perempuan ini, sikap pelik suaminya akhirnya membongkarkan satu perkara mengejutkan.

Kad pengenalan kononnya dirampas oleh ibu yang tidak beri restu

Pernikahan yang baru berlangsung selama 3 hari didapati tidak sah kerana mempelai lelaki rupa-rupanya berjantina perempuan. Awalnya, ketua kampung merasa curiga setelah mendengar ada sebuah majlis perkahwinan bakal diadakan dengan kos cukup mewah dan luar biasa. Atas dasar mahu memastikan status pengantin lelaki, dia pergi bersemuka namun tuan badan tidak memberikan kerjasama yang baik. Kononnya tidak direstui keluarga, bakal pengantin berkata kad pengenalannya telah diambil oleh ibunya.

Permohonan nikah di kampung ‘pengantin lelaki’ tidak diluluskan

Kerana ragu-ragu, ketua kampung tidak dapat memproses permohonan nikah mereka. ‘Lelaki’ terbabit kemudiannya berkata sanggup membayar berapa sahaja asalkan urusan itu dipermudahkan. Sebelum ini pernah berlaku kejadian orang berkahwin dan rupa-rupanya pengantin lelaki adalah penjenayah. Mengambil ikhtibar dari kisah itu, maka ketua kampung sangat serius dalam memastikan identiti setiap individu yang mahu bernikah bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

Lafaz akad nikah dengan lancar

Beberapa hari kemudian, pernikahan itu tetap berlangsung di kampung pihak perempuan. Daripada video yang tular, si suami terlihat lancar melafazkan akad nikah disaksikan ramai orang. Kemudian, muncul masalah baru bila mana pengantin lelaki dikatakan meminjam wang jiran bagi menampung majlis tersebut sehingga berlakunya pertengkaran. Dalam usaha menyelesaikan masalah, ketua kampung di sana cuba untuk memeriksa identiti lelaki tersebut. Maka terbongkarlah dia sebenarnya wanita yang menyamar sebagai lelaki.

@infociranjang Cianjur Viral lagi, bagaimana menurut netizen ? Cianjur– Beredar video viral berdurasi 21 detik pasangan sesama jenis yang dinikahkan secara siri dengan dekorasi pesta pernikahan mewah layaknya pengantin pada umumnya. Dalam rekaman tersebut tampak salah satu pasangan AD yang diketahui berasal dari Kalimantan memakai peci berwarna hitam dan pakaian pengantin laki-laki tengah melakukan proses ijab kabul untuk menikahi CH (mempelai perempuan). Berdasarkan informasi yang dihimpun Peristiwa itu terjadi di Desa Pakuon, Kecamatan Sukaresmi pada 28 November 2023 lalu. Camat Sukaresmi, Latip Ridwan mengatakan, pernikahan sesama jenis itu baru terungkap beberapa hari setelah pernikahan warga dan pihak keluarga yang curiga akhirnya memastikan identitas dari AD. Setelah itu terungkap jika AD merupakan perempuan. “Gara-gara tidak pernah menunjukan identitasnya atau tanda pengenalnya jadi ketahuan kalau AD ini perempuan, bukan laki-laki,” kata Latif, Jum’at, (08/12/2023). Latif menambahkan, menurut informasi pasangan tersebut sudah menjalin hubungan sejak dua tahun lalu dan berkenalan dari Facebook. Seiring berjalannya waktu, AD mampu meyakinkan orangtua CH untuk serius melangkah ke jenjang pernikahan. “Keluarga perempuannya benar-benar tidak tahu. Dia mengaku sebagai laki-laki, kemudian mengaku tidak punya identitas sehingga sulit ditelusuri. Pada akhirnya terjadilah pernikahan secara siri atau tidak tercatat negara,” kata dia. Baca berita lengkapnya di www.logikanews.co ##cianjur #viral #sukaresmi #nikah #penikahansejenis #tertipu #infociranjang #beritanasional ♬ suara asli – INFOCIRANJANG CIANJUR

Kejadian pernikahan ‘sejenis’ ini berlaku di Cianjur, Indonesia

Pasangan itu dikatakan sudah lama berkenalan menerusi media sosial. Bahkan sebelum ini, mereka pernah membatalkan perkahwinan ekoran isu berkenaan kad pengenalan si lelaki. Bukan sahaja pihak keluarga, malahan pengantin wanita juga ditipu dengan lakonan individu terbabit.

KREDIT : Portal Tvonenews, Detik JabarTribunnews, TikTok InfoCiranjang

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.