Hujan Lebat Reda Mendadak Sebelum Keluar Kereta Jadi Asbab Norreen Dapat Hidayah
Sejak minggu lalu, imej terbaru yang dipaparkan oleh influencer dan pelakon, Norreen Iman cukup mendapat respon positif daripada para peminat. Aktres berusia 29 tahun itu dilihat mula mengenakan hijab selain memakai baju-baju bersaiz besar yang lebih menutup aurat.
Orang lain saksikan benda ni…Masa dah sampai kedai, hujan memang lebat…Baju Tya berat
Dalam video yang dikongsikan menerusi IG Storynya sebelum ini, dia sempat menceritakan detik-detik mengharukan ketika hidayah Allah menjentik sanubarinya. Ketika itu, dia dan seorang kenalan telah tiba di sebuah premis namun mereka tidak boleh keluar dari kereta kerana hujan terlampau lebat. Norreen juga risau untuk ‘meredah’ begitu sahaja kerana memikirkan rakannya yang memakai baju besar.
Aku suruh Tya pegang dada aku, punyalah kuat jantung aku…Tya kata “Tuhan dengar doa Norreen”
Dalam kebuntuan itu, Norreen spontan berkata “Ya Allah, macam mana nak keluar kereta ni?”. Dengan tidak semena-mena, hujan lebat yang turut membisingkan suasana dalam kereta terus berhenti secara tiba-tiba lantas membuatkan mereka berdua tergamam. Walaupun insiden tersebut nampak biasa, Norreen merasa amat tersentuh kerana Allah yang Maha Mendengar terus mengabulkan doanya dengan sekelip mata. Kejadian itu umpama menjadi titik tolak dirinya mendapat petunjuk hidayah untuk berubah menjadi insan lebih baik.
@mellyyyyyyyyjeMeremang sangat niii😭
@mellyyyyyyyyje Replying to @atee ♬ original sound – Bunga 🌹
Ramai yang mendoakan dalam diam…Moga Allah permudahkan
Mengetahui kisah tersebut, netizen juga ikut terharu sekaligus mendoakan yang baik-baik untuk Norreen. Sesungguhnya, hidayah Allah itu boleh hadir dengan 1001 macam cara yang tidak dijangka.
KREDIT : TikTok Bunga
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.