Bagai penang dibelah dua sungguh pengantin malam ni, Sekitar resepsi MK dan Hajar

MK K-Clique, 27, mendedahkan persiapan untuk mendirikan rumah tangga dengan suri hatinya, Siti Hajaar Datuk Sri Dr Syeikh Nordin hanya diambil dalam masa dua minggu sahaja.
MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan yang ditemui Gempak bagaimanapun bersyukur kerana semua perancangan berjalan dengan lancar.

“Kita pentingkan keluarga dan benda yang baik maksudnya macam saya sendiri saya fikir kita tak nak ada halangan-halangan yang tak diingini contoh benda ni sangat baik, jadi buat apa nak ditangguhkan lagi atau dirancang sebesar-besarnya.

“Kalau ikutkan dah lama rancang tapi bila dah sampai panggilan Dia…Alhamdulillah semua siap hanya dalam masa 2 minggu.
“Tak dinafikan halangan-halangan yang kecil-kecil tu ada tapi tiada cabaran yang berat hingga rasa terbeban,” katanya,

MK dan Siti Hajaar ditemui selepas selasai majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Jami’il Huda, Ampang pada pagi tadi.

Berkongsi mengenai detik perkenalannya, MK memberitahu dia dan Siti Hajaar yang merupakan seorang usahawan sudah menjalinkan hubungan cinta sejak empat tahun lalu dan menafikan diri menyembunyikannya.

“Sebenarnya kami mula berkenalan di Instagram ketika mula berbalas pesanan di ruangan mesej.
“Kami tak sorok cuma tak tunjuk kerana ketika itu belum menjalinkan ikatan yang sah seperti sekarang.

“Alhamdulillah saya terpikat dengannya kerana dia seorang wanita yang banyak mengubah diri saya menjadi seorang yang lebih baik,” ujarnya.
Apabila ditanya mengenai perancangan menimang cahaya mata, mereka serahkan segalanya pada rezeki Tuhan.

Tentang bulan madu pula, mereka juga masih belum ada perancangan kerana MK sibuk dengan urusan kerjayanya.

Pasangan itu memaklumkan telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu dalam satu majlis tertutup.

Mempelai bakal diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel di Klang keesokan harinya.

Pada Mei lalu, penyanyi rap ini membuat ramai peminat wanita patah hati apabila tular video yang menyaksikan dirinya memimpin tangan seorang wanita dalam satu majlis.

Lebih membuat ramai cemburu apabila mereka hadir dengan memakai pakaian sedondon berwarna hitam.

Sumber : gempak

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*