‘Org Luar’ Tak Patut Buat Camtu. Bekas Suami Dtg Buat Kecoh Di Majlis Pernikahan Syakilla? Ini Pendedahan Syakilla

Pelakon jelita, Shakilla Khoriri sah bergelar isteri buat kali kedua bersama jejaka pilihannya yang dikenali sebagai Fariz selepas hampir dua tahun berpisah dengan penyampai radio, Fizi Ali.

Terbaharu, Shakilla tampil mengesahkan perkara tersebut melalui hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) Story.

Tamatkan zaman janda

Menerusi hantaran tersebut, Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri turut membuat permohonan maaf susulan memilih untuk tidak memaklumkan mengenai majlis pernikahannya itu kepada pengamal media.

Menurut pelakon yang popular dengan drama ‘Bisik-Bisik Gelora’ itu, dia berasa kurang selesa selepas ada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan mengenai khabar angin pernikannya kepada pengamal media tanpa meminta izinnya terlebih dahulu.

Assalamualaikum, kepada semua rakan media yang saya hormati dan cintai.

Saya mohon maaf kepada kalian jika tidak menjawab panggilan atau memberi apa-apa respon berkenaan pernikahan saya.

Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar tanpa meminta izin untuk berkongsi dahulu mengenai pernikahan saya dan suami kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung.

Dalam pada itu, Shakilla memaklumkan bahawa dia memerlukan sedikit masa untuk menguar-uarkan serta menjelaskan mengenai pernikahannya kepada rakan media.

Saya akan kongsi, saya akan jawab dan saya akan berikan kerjasama tapi minta diberi ruang dan masa pada kami.

Ada hati kecil yang perlu saya jaga dan utamakan apabila melibatkan ahli baru dalam keluarga kami.

Walaupun dia orang yang paling ‘excited’ dan gembira tapi saya ada tanggungjawab untuk menerangkan banyak perkara tentang hal ini kepadanya.

Dia tetap keutamaan saya dalam apa pun keadaan dan perkara dan merupakan amanah Allah kepada saya.

Di akhir hantarannya itu, Shakilla sekali lagi membuat permohonan maaf dan meminta agar diberikan ruang dan masa untuk menjelaskan perkara ini kepada pihak media.

Terdahulu, tular satu desas-desus yang mengatakan Shakilla bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

Untuk rekod, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018, namun disahkan berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Instagram Shakilla Khoriri

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.