Resepi Sambal Bilis Nasi Lemak Paling Power, Mudah & Sedap Gila!

Assalamualaikum sis-sis semua! Tengah malam buta ni kanda nak share resepi sambal bilis yang jadi kegemaran ramai, terutama yang suka makan nasi lemak. Ramai juga yang tanya macam mana nak buat sambal ni, jadi kanda buat satu post khas supaya senang korang save dan cuba sendiri kat rumah.

Dulu-dulu, kanda ada jual nasi lemak, dan sambal ni memang paling laris. Kalau korang ada plan nak berniaga nasi lemak, wajib cuba buat sambal ni, confirm laku keras! Tapi sekarang dah tak jual, gantung kuali dulu sebab dah penat memasak. Hehe.

Apa yang buat sambal ni power?

Sebenarnya resepi sambal ni simple sangat, tak perlu susah-susah. Bahan yang digunakan pun biasa-biasa je, tapi bila kena cara masaknya, confirm jadi sambal yang sedap dan tahan lama. Sesuai sangat kalau nak makan untuk 6-10 orang, bergantung pada tahap hantu sambal korang.

Bahan-bahan Sambal Bilis

  • 6 sudu besar bawang kisar

  • 8 sudu besar cili kisar

  • 4 sudu besar gula putih

  • 2 sudu besar gula Melaka

  • 1-2 sudu besar garam (ikut selera)

  • 1 asam keping saiz sederhana

  • Sengeggam ikan bilis (rendam dan bilas bersih)

  • 6-8 biji bawang siam (hiris halus)

  • 1 ketul kecil belacan (saiz kuku ibu jari, optional)

  • 2 helai daun pandan

Cara-cara Masak Sambal Bilis

  1. Panaskan minyak banyak sikit dalam kuali, sebab kita nak tumis bahan sampai wangi dan sebati. Minyak banyak tak apa, nanti boleh toskan lebih.

  2. Bila minyak dah panas, masukkan bawang kisar dan cili kisar. Pastikan minyak masih ada lebih kurang 2 inci keliling bahan tumis untuk kesan terbaik.

  3. Masukkan bawang siam yang telah dihiris. Tumis sampai layu dan garing, bau dia memang power dan lebih sedap dari bawang biasa.

  4. Kemudian, masukkan gula, garam dan belacan. Belacan tak perlu bakar pun boleh, cuma pastikan tak hangit sebab nanti rasa pahit pula.

  5. Bila bahan dah garing dan naik bau, masukkan air dalam setengah hingga satu cawan bersama asam keping. Kacau dan biar ia pekat.

  6. Masukkan daun pandan untuk aroma yang wangi. Last sekali, masukkan ikan bilis yang sudah dibersihkan. Tumis lagi dalam 10 minit supaya bilis rangup dan sambal sebati.

  7. Rasa sambal, kalau nak tambah manis atau masin boleh adjust ikut selera. Nak sedap, sedikit ajinamoto boleh tabur tapi jangan terlebih, cukup rasa sahaja.

Tips Penting!

  • Jangan blend bawang dan cili dengan air banyak sangat, nanti sambal akan meletup-letup masa menumis.

  • Minyak banyak bukan masalah, sebab boleh toskan selepas masak.

  • Kalau terlebih air, guna api kuat sikit atau biar masak lebih lama supaya pekat.

- IKLAN -

Sambal Bilis Ni Untuk Apa?

Tak kira makan dengan nasi lemak, roti canai, roti putih, cakoi, atau pun sebagai sambal burger Malaysia pun sedap! Memang versatile dan wajib cuba buat sendiri. Yang takut nak siang ikan bilis, jangan risau, buat je dulu, lama-lama confirm mahir.

Selamat mencuba! Kalau dah buat, jemput kanda makan sekali ya. Jangan lupa share kalau korang suka resepi ni!

Kredit – Wan Luqman