“saya tak nampak Aslam tu org yg mmpu berpoligami..” Abby Abadi

Saya tak nampak Aslam tu sebagai seorang lelaki yang mampu untuk berpoligami.” Itulah kata-kata yang keluar dari mulut pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan Abby Abadi.

Abby berkata sedemikian ketika ditemubual oleh rakan ahli perniagaan iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang bertanya tentang Aslam, lelaki yang dikatakan dah berkahwin dengan anak perempuannya Marissa Dania.

Aliff Syukri telah muatnaik rakaman pendek perbualannya dengan Abby Abadi pada pagi Selasa.

Tanya Aliff, Aslam sudah bertemu dengan keluarga Abby, jadi adakah Abby telah menerimanya.

Ini video penuh luahan hati Abby Abadi tentang kisah anaknya dengan Aslam.

“Aslam dah pun berjumpa dengan keluarga akak, dan mahu berbaik, adakah akak dah terimanya.” 

Ini jawapan yang diberi oleh Abby Abadi.

“Aslam tu bukan orang yang boleh berpoligami lah. Saya tak nampak.” 

“Sebabnya dia tak berkemampuan.” 

“Keluarga pun tak tahu menahu pun yang dia ada berhubung.” 

Abby berkata, dia memang terkejut dengan perubahan oleh Marissa Dania.

[IKLAN] Tahukah anda betapa bahayanya GLUTEN? Guna tepung ni untuk elakkan kandungan GLUTEN (KLIK SINI)

“Anak tu dari kecil dengan saya, dia tak macam yang sekarang. Saya pun rasakan ada sesuatu yang membuatkan anak saya tu berpusing tiga ratus darjah.” 

“Memang dah macam bukan dia, benda tu memang di luar jangkaan saya.” 

“Ianya juga diluar jangkaan papa dia.” 

“Sebab kita ni dah sehabis baik jaga anak tu.” 

“Saya tak tahu kenapa sampai ke tahap itu dia boleh buat.” 

Sehingga kini belum lagi ada kenyataan rasmi yang mengesahkan bahawa Aslam dan pun menikahi Marissa Dania di negara jiran secara rahsia.

Sebelum ini hanya keluarga isteri pertama Aslam yang ada membuat kenyataan iaitu kakak kepada Misha.

Aslam ketika ditemui oleh pihak wartawan, meminta dirinya diberi ruang.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*