Indonesia siasat kematlan remaja lelaki 13 tahun yang didakwa dibvnvh polis

Suruhanjaya hak asasi manusia kebangsaan (Komnas HAM) Indonesia sedang menyiasat kematian seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang didakwa dipukuI hingga mati oleh polis di pulau Sumatera, kata pegawai.

 

Penduduk dilaporkan menemui mayat pelajar sekolah menengah, Afif Maulana dalam keadaan lebam di sungai berhampiran sebuah kampung di Padang, di Sumatera Barat pada 9 Jun lalu.

Laporan awal Institut Bantuan Guaman Padang mendapati polis telah memukul Afif dan membakar, memukul serta mengenakan renjatan elektrik ke atas lapan pelajar lain yang bersamanya ketika itu.

 

Polis, bagaimanapun, menafikan dakwaan itu, tetapi Komnas HAM berkata, pada Selasa, ia membuka siasatan berhubung insiden itu.

“Kematian Afif adalah luar biasa dan kami mengesyaki terdapat tindakan yang menyalahi undang-undang oleh polis,” kata Pesuruhjaya Komnas HAM,Hari Kurniawan.

 

Polis mendakwa, mereka bertindak untuk memisahkan pelajar yang kelihatan bersedia untuk bergaduh.

 

“Pergaduhan sekolah belum bermula jadi jika mereka mahu menyuraikan mereka, mereka sepatutnya melakukannya dengan cara yang berperikemanusiaan,” tegas Pesuruhjaya Komnas HAM kedua, Putu Elvina,

 

Komnas HAM telah mengerahkan penyiasat ke Sumatera Barat untuk mengumpul bukti. Bagaimanapun, tidak jelas bila mereka akan membentangkan penemuan mereka.

 

Bercakap kepada media tempatan, Ketua Polis Sumatera Barat, Suharyono menafikan mana-mana pegawainya terlibat dalam kematian Afif atau penganiayaan pelajar lain selain berkata, tiada bukti daripada saksi.

Polis Sumatera Barat berkata mereka telah menyoal siasat 39 pegawai polis setakat ini dan mereka tidak menerima laporan mengenai penderaan. – Reuters

 

Sumber-awani

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.