Ugut Pakar Patologi Kes Zara Qairina, Warga Emas Pemilik Akaun ‘Amung Kamaruddin’ Ditahan

ugut pakar patologi

“Dah agak dah..” Sudah 30 pengalaman .. polis Sahkan Ini individu ugut pakar patalogi

KOTA KINABALU, 7 September – Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun yang disyaki membuat ugutan jenayah terhadap pakar patologi, Dr. Jessie Hiu, berhubung kes Zara Qairina Mahathir telah ditahan polis di Semporna pada pagi Ahad.

Ugut pakar patologi

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, dalam satu kenyataan mengesahkan penangkapan suspek, yang merupakan seorang warga tempatan, dibuat kira-kira jam 7.00 pagi di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.

ugut pakar patologi
Seorang lelaki warga emas yang mengugut pakar patologi, Dr Jessie Hiu, berkaitan kes Zara Qairina Mahathir, ditahan polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna pada Ahad. Gambar hiasan.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek adalah pemilik akaun Facebook bernama ‘Amung Kamaruddin’ yang telah memuat naik kenyataan berbaur ugutan terhadap pakar patologi dari Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) itu.

“Turut dirampas daripada suspek adalah sebuah telefon bimbit jenama Redmi. Hasil semakan ke atas gajet tersebut mendapati suspek merupakan pemilik akaun Facebook ‘Amung Kamaruddin’ yang mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap pakar patologi terbabit,” kata Datuk Jauteh.

Guna media sosial ugut pakar patologi

Penahanan ini susulan satu laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada 5 September lalu berhubung kenyataan ugutan dan penyalahgunaan kemudahan rangkaian yang diterima melalui media sosial.

- IKLAN -

Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangkaian.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial yang melanggar undang-undang dan menasihatkan orang ramai agar sentiasa menggunakan platform tersebut secara berhemah dan bertanggungjawab.

“Orang ramai digesa untuk sentiasa peka dan berfikir terlebih dahulu sebelum berkongsi atau memuat naik sebarang kandungan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta menimbulkan keresahan masyarakat. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan tersebut,” tambah beliau.

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA POLIS SABAH :

TANGKAPAN SUSPEK KES UGUTAN KE ATAS PAKAR PATALOGI BERKAITAN KES ZARA QAIRINA BINTI MAHATHIR

ugut pakar patologi ugut pakar patologi

Sumber – Berita RTM & Sinar Harian