Video Dan Gambar Majlis Perkahwinan Kakak Sulung Adik Beradik The Melvins, Syafiqa Melvin Raih Perhatian Ramai. Cantiknya Kak Long, Nampak Macam Muka Syida Sangat Bila Makeup Macam Ni. Part Ucapan Family Untuk Pengantin Tu Lawak. Ayah The Melvins Pun Jenis Masuk Air Juga !!

Semalam telah berlangsungnya majlis perkahwinan kakak sulung kepada Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin. Syafiqa, Syatilla, Syida, Syifa dan Melveena dikenali sebagai The Melvins oleh peminat. Kesemua adik beradik The Melvis ini menyambut baik kehadiran abang ipar baru mereka itu.

Untuk makluman, Syafiqa pernah melalui saat duka apabila suaminya men1nggal dunia dan Syafiqa berjuang meneruskan kehidupannya bergelar ibu tunggal kepada 2 orang cahayamata. Setelah bertahun hidup sendiri, akhirnya hati Syafiqa terbuka untuk seorang lelaki bernama Azhar.

Meninjau akaun Instagram Syafiqa Melvin dan Tiktok BonNor Hidayah, telah dikongsikan gambar-gambar dan video ketika majlis pernikahan ini berlangsung. Syafiqa yang dipanggil Kak Long oleh keluarganya in kelihatan begitu cantik dan berseri-seri sekali.

Seperti selalu, pada penghujung majlis pasti keluarga Melvin akan memberikan ucapan mereka. Ucapan ibu Syafiqa agak sayu mengenangkan sejarah hidup Syafiqa, namun bersyukur kerana anaknya ini menemui bahagia. Adik beradik Melvin pula ucapannya mencuit hati ramai. Pengantin baru pun tergelak sahaja mendengar ucapan mereka.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

@bonnorhidayah 🥹🥹🥹 cantiknya kaklong 😭😭😭..sebak la #fiqawinazhar #syafiqamelvinkahwin #syafiqamelvin #themelvinslive ♬ suara asli – lawanterus

@bonnorhidayah Replying to @Cha🌸 #syafiqamelvin #syafiqamelvinkahwin #fiqawinazhar #themelvinslive #kaklongkahwin ♬ original sound – BonNor Hidayah

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Allahu congrates kaklonG, cantik berseri sangat-sangat. nampak mcm syifaa sangat td. rupanya kaklong.. soo happy for youu.. ”

” Tahniah Kaklong, cantiknya masha Allah.. berseri lain macam pengantin baru sorang ni.. seiras sangat dengan suami.. semoga kekal bahagia sampai jannah.. ”

” Finally Kaklong jumpe teman hidup dh.. Naik seri betul kak long.. Cantik Sangat.. Dari Atas ke bawah semua cantik.. ”

” Yeayyy akhirnya.. dri gadis melayu dok tgok kaklong ni smpai dia kawen jd single mom smpai kawen lgi. smoga bhgia smpai jannah.. ”

” Kaklong lawaaa teruk, berseri-seri.. Patutlah Tilla macam tu, ayah pun chill je berucap. Memang sempoi habis la.. ”\

 Yang bestnya depa nie bila wedding each other .. the last part mesti bg speech.. rasanya bkn aku sorng je tggu part nie kot.. msti ad ht lawak.. ”

” Bapaknya bagi ucapan mcm baru lps buat concert rockersss haha.. Sempoi bapaknya dengan cakap omputihnya tu. Tahu dh Tilla ikut perangai siapa hehe.. ”

Allah aturkan yang terbaik untuk Syafiqa. Ditemukan dengan Azhar yang dapat menerima dirinya dan anak-anak, itu satu bonus. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sampai ke akhir hayat dan Syafiqa berbahagia selalu bersama suami dan anak-anak tersayang.

Sumber : IG Syafiqa Melvin, Tiktok Bonnorhidayah

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.