Video: Kenyataan rasmi Shuib tentang Bubble Bee lambat bayar gaji dan tak carum KWSP
Sejak semalam, menjadi bualan ramai tentang isu syarikat milik Shuib Sepahtu iaitu Bubble Bee.
Ada pekerja yang membuat satu pendedahan yang mana, syarikat Bubble Bee lambat membayar gaji dan juga tidak melunaskan caruman KWSP untuk pekerjanya.
Dari pendedahan itu, hal ini dah lama terjadi, iaitu lebih kurang sepanjang tahun 2023 ini.
Apa yang menjadi bualan lagi ialah tentangh cara hidup pihak atasan yang dikatakan nampak serba serbi dalam kemewahan, namun ternyata kebajikan para pekerja tidak dijaga.
Ini pendedahan penuh dari pekerja berkenaan.
KENYATAAN RASMI SHUIB DAN BUBBLEBEE
Oleh kerana hal ini menjadi tular, akhirnya founder Bubble Bee iaitu Shuib Sepahtu, tampil memberi kenyataan.
Shuib mengakui perkara ini memang terjadi yang mana ada kelewatan dalam pembayaran gaji, namun pihak Bubble tak pernah memotong gaji.
Tentang KWSP, Shuib akui pihak management Bubble Bee mempunyai sedikit isu, dan tidak mencarum untuk pekerjanya.
Akan tetapi Shuib berkata pihak Bubble Bee sedang berusaha menyelesaikan isu ini.
Malah Bubble Bee sudah pun menghubungi KWSP untuk tangani isu ini.
“Video ni panjang sikit, tetapi inilah pencerahan yang saya mahu buat.”
“Di laman media sedang tular diperkatakan iaitu isu Bubblebee lambat bayar gaji dan juga tidak carum KWSP.”
“Saya cerita dari awal dulu, saya ni salah seorang founder dan shareholder untuk Bubble Bee dan saya memegang jawatan sebagai ketua pemasaran.”
“Saya tak dikhususkan untuk uruskan hal lain, bab finance orang lain, human resource orang lain dan juga operation, ada orang yang jaga.”
“Dah tiga tahun beroperasi, ada turun naik, namun tahun ini memang agak genting. Semua yang terlibat dalam industri food and baverage memang terkesan. Itu adat berniaga.”
Kata Shuib lagi, apa yang terjadi ini merupakan satu dugaan buat dirinya dan juga syarikat. Shuib akui syarikat ada berlaku mismanagement.
“Kita ada dugaan, ini adalah salah satu dari dugaannya.”
“Untuk tahun ketiga ini, saya rasakan Bubble Bee ada mismanagement dari segi finance.”
“Memang sale agak tinggi, namun bila ada mismanage, benda jadi kelam kabut.”
Untuk kendali isu ini, Shuib dan rakan niaga, telah mengambil semula segala bab pengurusan.
Bubble Bee akui tidak melunaskan KWSP.
“Pada tahun 2022 bulan November, saya dan seorang lagi partner saya dah takeover almost semua bab manangement.”
“Pihak Bubble Bee akui, memang ada sangkut dalam bab caruman KWSP.”
Shuib menjelaskan lagi, dia menafikan pihak Bubble Bee menutup mata akan hal ini sebaliknya sedang berusaha untuk selesaikannya.
“Saya nak buat pencerahan, bila surat layang itu dikeluarkan, ianya bagaikan pihak Bubble Bee tak ambil peduli tentang isu KWSP ini.”
“Itu saya nafikanlah, sebab sejak tahun 2023, kita dah berhubung dengan KWSP untuk selesaikan hal ini.”
“KWSP dah pun dimaklumkan, dan kita tahu ada tunggakkan. Bubble Bee berunding, dan bayar secara ansuran.”
“Pembayaran awal dah pun dibuat, banyak juga jumlahnya.”
Shuib berkata, caruman KWSP adalah hak pekerja dan pihak Bubble Bee akan melunaskan semua tunggakkan.
Tentang isu founder dalam kemewahan, ini jawapan Shuib.
“Bila orang kata founder bermewah mewah, takkan saya nak tunjuk pula berapa yang saya dah keluarkan untuk Bubbel Bee.”
“Bagi saya, ini dugaan dalam perniagaan. Saya dan pihak management akan hadapinya. Bubble Bee nak move forward, dengan pengurusan baru. Tiga tahu management lama dah mismanage, kita sekarang nak terus kedepan.”
Ini video penuh penjelasan dari Shuib tentang Bubble Bee ini.
Itulah penjelasan dari Shuib. Katanya lagi, dia percaya, Bubble Bee boleh pergi jauh, dan mungkin sehingga ke tahap international, tetapi haruslah mempunyai management yang betul.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.