Titip ucapan sempena hari lahir anak sulung – Norman Hakim berharap dia & Danish jadi ‘rakan baik selamanya’

“Tempoh 21 tahun yang membahagiakan. Papa tak sangka yang satu hari kita boleh jadi ‘rakan baik selamanya’ dan berkongsi segala rahsia, susah dan senang bersama”.

Itu ucapan penuh bermakna pelakon, Norman Hakim sempena ulang tahun kelahiran anak lelaki sulungnya, Mohamed Danish Hakim menerusi video yang di muat naik malam tadi.

Norman, 48, turut menyifatkan anaknya itu sebagai kawan baik dan menjadi tempat dia berkongsi rahsia serta mengharungi dugaan dan cabaran bersama.

“Semoga hubungan kita akan kekal sampai bila-bila hingga ke Jannah,” katanya.

Dalam pada itu, Norman turut memohon maaf kepada Danish atas segala kekurangan sepanjang menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepadanya.

“Tolong maafkan papa andai ada khilaf papa selama 21 tahun kita bersama. Andai ada rezeki, bawalah kami mama, mummy, abah dan adik-beradik semua ke syurga insya-Allah,” katanya.

Keakraban dua beranak itu bukan lagi rahsia. Mereka yang mempunyai minat sama sering berkongsi video bersenam di gimnasium berdua.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.